HUA HIN BIKE WEEK

HUA HIN BIKE WEEK

KL BIKE WEEK

KL BIKE WEEK

Tuesday 26 March 2013

V-Rider MC himpun 500 motosikal berkuasa tinggi Sabtu ini


 Kelab motosikal berkuasa tinggi, V-Rider MC Malaysia, akan mengadakan satu himpunan motosikal 'easy rider' terbesar di Dataran Hotel Golden Palm Tree, Sepang Gold Coast Bagan Lalang, Sabtu ini.

Himpunan sebanyak 500 motosikal dari 43 kelab motosikal seluruh negara yang mempunyai enjin berkembar V itu akan diadakan bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Penaung Kelab V-Rider MC Malaysia, Datuk Abdul Karim Mustafa berkata, himpunan itu merupakan acara sulung yang dianjurkan oleh kelab motosikal yang ditubuhkan pada Oktober 2010 tersebut.

"Himpunan ini bakal menyaksikan satu semangat setiakawan antara penunggang motosikal yang secara tidak langsung ia akan menjalin hubungan erat antara mereka sambil beriadah.

"Malah, kami juga akan menganjurkan satu acara amal iaitu kempen Kutipan Derma Tabung Perwira Lahad Datu bagi menunjukkan keprihatinan masyarakat kepada insiden pencerobohan pengganas Kiram di Sabah baru-baru ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Abdul Karim, himpunan itu akan dirasmikan oleh Pengerusi Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), Datuk Sohaimi Shahadan yang juga seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi.

Menurut beliau, antara acara menarik yang bakal diadakan ialah 'Sunset Ride' di mana peserta akan memberi peluang kepada anak yatim yang dijemput khas ke acara itu menjadi pembonceng mengelilingi pantai Bagan Lalang.

"Selain ahli kelab bermotosikal di Malaysia, himpunan itu juga akan turut disertai oleh ahli-ahli kelab dari Singapura dan Brunei yang akan turut sama menyerikan himpunan dengan motosikal mereka.
Untuk itu, Abdul Karim turut menjemput semua penduduk sekitar Bagan Lalang untuk menyertai himpunan motosikal berkuasa tinggi berkenaan ekoran pihaknya turut menyediakan pelbagai acara menarik untuk orang ramai.

Penunggang motosikal yang berminat untuk menyertai himpunan ini boleh menghubungi Presiden Kelab V-Rider MC Malaysia, Mohd. Zin Bador di 017-3142871, Mohammad Fauzee Ahmad (012-2687086) atau Abdul Halim Saharuddin (013-2005050).

No comments:

Post a Comment